HEADLINES

‘Pengasuh anak saya belum ditangkap…’, ungkap bapa Baby Syifaa ketika tiba di mahkamah

Suspek didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas penipuan dan penyelewengan dana disumbangkan untuk urusan khidmat guaman

12:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bapa kepada bayi yang maut di pusat asuhan, Baby Syifaa, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas penipuan dan penyelewengan dana disumbangkan untuk urusan yuran guaman.

Lelaki itu yang tiba menaiki kenderaan polis di mahkamah pagi ini dengan mengenakan seluar jeans biru dan kemeja-T warna kelabu serta tangan bergari, diiringi beberapa anggota.

Ketika gambarnya dirakam jurugambar dan wartawan, dia sempat berterima kasih kepada pihak media yang hadir membuat liputan, sambil memaklumkan pesalah anaknya belum ditangkap.

“Terima kasih semua hadir, pengasuh anak saya belum ditangkap lagi walaupun dua tahun dah meninggal,” katanya secara tiba-tiba.

Dia kemudian dibawa masuk ke kamar mahkamah untuk prosiding kes.

Pada 9 Julai lalu, polis menahan lelaki terbabit bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penipuan dalam urusan yuran guaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata, lelaki itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada jam 2.45 petang di ibu negara.

Menurutnya, lelaki itu kemudian direman tiga hari bermula 10 Julai hingga hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Individu terbabit yang juga aktivis memperjuangkan kes penganiayaan itu, didakwa menyeleweng wang sumbangan disalurkan orang ramai ke akaun syarikat ditubuhkannya, YY Community Center. – 12 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related