HEADLINES

Mangsa kedua termakan keropok beracun meninggal dunia, hilang sudah kesakitannya…

Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada jam 1.24 tengah hari tadi, dua hari selepas kematian abangnya, Akil

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Muhammad Luth Syauqi, 2, mangsa kedua yang termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, hari ini.

Ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, mengesahkan khabar duka itu selepas melawat anak keduanya itu di wad.

“Luth sudah meninggal dunia jam 1.24 tengah hari tadi… hilang sudah kesakitannya.

“Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berhampiran pusara abangnya,” katanya.

Kelmarin, abang mangsa, Muhammad Akil menghembuskan nafas terakhirnya di hospital sama pada jam 8.30 pagi.

Sebelum ini, media melaporkan dua beradik itu kritikal selepas termakan keropok didakwa dicampur racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Makanan ringan itu digantung pada pagar dawai, dipercayai bertujuan menghalau haiwan liar yang berkeliaran dan mengancam tanaman pekebun.

Semalam, seorang lelaki yang juga pemilik kebun berusia 33 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kes dua beradik tersebut yang termakan keropok mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Permohonan reman terhadap lelaki yang juga pemilik pekebun berusia 33 tahun itu dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen Mirza Mohamad bermula hari ini hingga 17 Julai.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun. – 12 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related