◉ HEADLINES

MMA rayu Ahli Parlimen sokong pindaan Akta Perubatan 1971 selesai isu Parallel Pathway

Menurut MMA, pindaan itu penting bagi menyelesaikan isu Parallel Pathway yang berterusan dalam usaha menangani kekurangan kritikal pakar perubatan di negara ini

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) merayu sokongan Ahli Parlimen terhadap cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) yang dijadualkan dibentang di Dewan Rakyat, hari ini.

Presidennya, Dr Azizan Abdul Aziz berkata, pindaan itu penting bagi menyelesaikan isu Parallel Pathway yang berterusan dalam usaha menangani kekurangan kritikal pakar perubatan di negara ini.

Menurutnya, pindaan itu bertujuan membolehkan Parallel Pathway dan program sarjana dijalankan serentak untuk menangani jurang antara dua laluan pengkhususan tersebut bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada pegawai perubatan untuk mengikuti latihan kepakaran.

“Perubahan itu juga bertujuan untuk mempermudah proses pengiktirafan dan pendaftaran pakar perubatan yang memperoleh kelayakan mereka melalui pelbagai laluan, termasuk kelayakan antarabangsa seperti Fellowship of the Royal College of Surgeons of Edinburgh (FRCS Ed).

“Pengiktirafan dan pendaftaran semua kelayakan pakar tetap berada di bawah bidang kuasa profesion melalui Majlis Perubatan Malaysia (MMC) bagi memastikan standard tinggi pendidikan dan amalan perubatan dikekalkan.

“Pindahan itu juga bertujuan untuk menyelesaikan konflik antara pelbagai badan pengawalseliaan, memastikan semua program latihan pakar memenuhi standard akreditasi nasional,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Azizan Abdul Aziz berkata, dengan lebih banyak pakar tersedia, perkhidmatan kesihatan dijangka menjadi lebih baik, masa menunggu dikurangkan dan rawatan lebih cepat untuk pesakit – Gambar laman web Dr Azizan, 15 Julai, 2024

Mengulas lanjut, Dr Azizan berkata, dengan mengiktiraf pelbagai kelayakan, bilangan pakar yang berkelayakan untuk berkhidmat di kemudahan kesihatan awam dapat dipertingkat, sekali gus berpotensi mengurangkan penghijrahan tenaga perubatan dari Malaysia.

Katanya, dengan lebih banyak pakar tersedia, perkhidmatan kesihatan dijangka menjadi lebih baik, masa menunggu dikurangkan dan rawatan lebih cepat untuk pesakit.

“Kami mengakui kebimbangan mengenai mengekalkan kualiti latihan pakar dan menekankan pindaan ini bertujuan untuk mengekalkan standard tinggi sambil menangani keperluan mendesak penjagaan kesihatan.

“Kami menyokong komitmen Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memastikan bahawa kualiti latihan, kecekapan pengamal, dan keselamatan pesakit tetap terpelihara,” katanya.

KKM akan membentangkan dua rang undang-undang (RUU) untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Satu daripadanya membabitkan RUU Perubatan (Pindaan) 2024 yang bertujuan meminda Akta Perubatan 1971 (Akta 50) untuk menambah baik peruntukan mengenai pendaftaran pengamal perubatan sebagai pakar serta bagi melaksanakan proses pengiktirafan kelulusan dan latihan kepakaran.

Selain itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, turut membentangkan RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, dengan bacaan kali kedua dan ketiga bagi kedua-dua RUU akan dibuat pada sesi persidangan kali ini. – 15 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related