â—‰ HEADLINES

Saya akan jumpa keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam masa terdekat: PM

Perdana Menteri pada masa sama turut maklum dengan kejadian yang berlaku di luar Parlimen hari ini

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan berjumpa dengan keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam masa terdekat dan meneliti memorandum tuntutan yang dikemukakan.

Perdana Menteri pada masa sama turut maklum dengan kejadian yang berlaku di luar Parlimen hari ini, di mana keluarga mendiang disekat daripada menghampiri bangunan Parlimen hingga menyebabkan berlaku kekecohan.

“Saya ambil maklum insiden yang berlaku di luar Parlimen hari ini melibatkan keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

“Saya beri jaminan akan berjumpa dengan mereka dalam masa terdekat dan meneliti memorandum tuntutan,’’ katanya menerusi hantaran di akaun X.


Pagi tadi, adik kepada mendiang Beng Hock iaitu Teoh Lee Lan disekat daripada memasuki bangunan Parlimen, kira-kira 100 meter dari pintu masuk ke situ.

Lee Lan, bersama sekumpulan kira-kira 30 orang dari Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi (TBH-ADA) mahu menyerahkan memorandum bagi menuntut keadilan di atas kematian mendiang.

Berlaku tolak-menolak dan kekecohan ketika mereka dihalang semasa mahu bangunan Parlimen.

Beng Hock ditemukan meninggal dunia pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14, bangunan yang sama.

Ketika kematiannya, Beng Hock adalah setiausaha politik kepada Exco Selangor pada masa tersebut, Ean Yong.

Pada 5 Januari 2011, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Beng Hock bukan disebabkan membunuh diri atau dibunuh serta mendapati tiada pihak ketiga terlibat dalam kematiannya.

Namun pada 21 Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja memutuskan kematian Beng Hock didorong untuk membunuh diri.

Pada 5 September 2014, Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Beng Hock dan memutuskan kematiannya akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seseorang atau beberapa orang yang tidak dikenali. – 15 Julai, 2024

Topics

 

â—‰ Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Malaysia Cup: JDT defy red card drama to seal historic treble treble

Arif Aiman strikes late winner as JDT overcome early setback and a red card to clinch 2-1 victory over Sri Pahang

â—‰ Related