◉ HEADLINES

Hantaran sentuh isu 3R di TikTok, MCMC siasat penjawat awam

MCMC memaklumkan pihaknya telah menyerahkan Notis Kehadiran pada hari yang sama kepada lelaki berkenaan mengikut prosedur yang ditetapkan

8:37 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Seorang penjawat awam disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas dipercayai mengeluarkan hantaran jelik melibatkan elemen 3R iaitu agama, kaum dan raja di akaun TikTok miliknya.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan lelaki berusia 29 tahun itu telah disoal siasat oleh pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di Sungai Petani, Kedah pada Khamis lepas. 

“MCMC telah menemukan akaun TikTok yang disiasat pada telefon pintar suspek. Kesemua barangan kes yang berkaitan dirampas dan disita untuk siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan pihaknya telah menyerahkan Notis Kehadiran pada hari yang sama kepada lelaki berkenaan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kes disiasat mengikutSeksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, menurut MCMC.

Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk membuat sebarang hantaran dan komunikasi yang bertentangan dengan undang-undang khususnya kandungan melibatkan 3R yang berpotensi menggugat ketenteraman awam.

“Penjawat awam juga diingatkan untuk tidak menggunakan media sosial bagi tujuan menyebarkan mesej yang melanggar undang-undang negara seperti yang terkandung dalam peringatan berkaitan arahan larangan membuat pernyataan awam oleh pegawai awam,” menurut kenyataan itu. – 15 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related