HEADLINES

Operasi cari rantai, telefon bimbit Nur Farah Kartini bermula

Operasi mencari bahan bukti itu menggunakan beberapa kaedah termasuk khidmat penyelam, mesin pam air serta pengesan logam bagi mengesan sebarang bahan bukti milik mangsa di kawasan parit

12:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Bukit Aman tiba di lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah di Jalan Sri Kledang, Felda Gedangsa dekat Hulu Selangor pada jam 10 pagi tadi.

Anggota forensik dilihat memulakan operasi setengah jam kemudian bagi mencari bahan bukti seperti telefon bimbit, rantai dan beberapa barang lain milik mangsa di kawasan parit.

Operasi tersebut turut disertai sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu.

Difahamkan, operasi mencari bahan bukti itu menggunakan beberapa kaedah termasuk khidmat penyelam, mesin pam air serta pengesan logam bagi mengesan sebarang bahan bukti milik mangsa di kawasan parit.

Kelmarin, mayat Farah ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada jam 6 petang.

Operasi yang dijalankan bersama oleh polis dan bomba itu menggunakan beberapa kaedah termasuk khidmat penyelam, mesin pam air serta pengesan logam bagi mengesan sebarang bahan bukti milik mangsa di kawasan parit. – Riduan Ahmad/Scoop, 17 Julai, 2024

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun yang juga anggota polis berpangkat lans koperal di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim.

Suspek direman bermula semalam sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan keadaan mayat Farah yang reput di bahagian dada dan muka menyukarkan proses untuk mengenal pasti punca kematiannya.

Menurutnya, atas sebab itu pakar patologi di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.
“Buat masa ini pakar tidak dapat sahkan sebab kematian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.

“Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian,” katanya. – 17 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Related