HEADLINES

Jenazah Nur Farah Kartini dituntut keluarga, akan dikebumikan di Pekan

Jenazah akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang

4:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dituntut ahli keluarganya petang tadi di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh.

Jenazah Allahyarhamah Farah, 25, dibawa menaiki van milik UPSI dan bergerak diiringi kenderaan polis pada 2.05 petang.

Menurut abangnya, Mohammad Farizza Azmi Abdullah, 28, jenazah adiknya akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.

Isnin lalu, polis menemui mayat Nur Farah Kartini, 25, selepas dilaporkan hilang pada 11 Julai lalu di Kampung Sri Keledang dan berikutan itu seorang lelaki yang juga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan.

Suspek, yang berpangkat lans koperal di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim direman selama tujuh hari sehingga 22 Julai ini bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan. – 18 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

National Unity Ministry sec-gen lodges police report over graft allegations

Viral posting claims Datuk Azman Mohd Yusof orchestrated price markups, received kickbacks

No smoke from fires crossing into neighbouring nations, Indonesia reiterates

Indonesia has doubled down on its assertions that none of its smoke haze arising from forest and land fires has reached its neighbouring countries.

Anti-graft rally in KL draws mostly students, ends peacefully 

Small crowd of over 200 youths march the streets to Dataran Merdeka without police intervention

Related