◉ HEADLINES

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Kebun ubi diusahakan suspek jadi lokasi siasatan polis

Kata pihak polis, terdapat beberapa aspek yang menjurus kepada siasatan dijalankan di lokasi memandangkan suspek dipercayai mengusahakan tanaman di kawasan kebun itu

7:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menjalankan siasatan di sebuah kebun ubi dekat dekat Slim River, petang ini bagi mencari bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Mohd Asri Mohd Yunus berkata, siasatan di lokasi berkenaan dijalankan oleh pasukan forensik dan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, kebun ubi tersebut bukan milik suspek tetapi diusahakannya secara sambilan.

“Terdapat beberapa aspek yang menjurus kepada siasatan dijalankan di lokasi memandangkan suspek dipercayai mengusahakan tanaman di kawasan kebun itu,” katanya.

Sehingga kini, operasi pencarian bahan bukti tambahan bagi kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu di Sungai Trolak, Kampung Batu 4, masih ditangguhkan.

Ini berikutan pemantauan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mualim terhadap sungai terbabit mendapati situasi di situ belum mengizinkan untuk pasukan skuba meneruskan pencarian dirancang.

Dalam pada itu, Mohd Asri berkata, semakan dan analisa turut dijalankan melibatkan kereta jenis Toyota Vios digunakan suspek ketika kejadian dan kad sim milik suspek.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan di Ladang Kelapa Sawit Kampung Seri Keledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6.00 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis kontinjen Perak ditahan pada hari yang sama.

Terdahulu, media melaporkan beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.

Pada hari yang sama, polis turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor. – 20 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related