HEADLINES

Kes Nur Farah Kartini: Suspek tiba di mahkamah bagi proses sambung reman

Sambung reman itu dimohon polis selepas tempoh seminggu dikenakan ke atas suspek tamat hari ini

9:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah tiba di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pagi ini, bagi proses sambung reman.

Lelaki berumur 26 tahun itu yang mengenakan pakaian lokap serta pelitup muka, tiba pada kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki kenderaan polis dan diiringi beberapa anggota.

Dia dilihat hanya menundukkan kepala ketika dibawa masuk ke ruang mahkamah semasa foto dan videonya dirakam petugas media.

Sambung reman itu dimohon polis selepas tempoh seminggu dikenakan ke atas suspek tamat hari ini.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Pada 15 Julai lalu, mayat wanita itu ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor pada kira-kira jam 6 petang.

Susulan penemuan mayat itu, suspek yang juga kenalan mangsa dan bertugas sebagai anggota polis ditahan pada hari sama dan ditahan reman.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Nurul Mardhiah Mohammed Redza ketika itu membenarkan suspek direman seminggu bermula 16 Julai, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah, dikebumikan pada Khamis lalu di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.

Polis menjalankan beberapa operasi bagi mencari bukti kes pembunuhan, termasuk dilakukan pasukan Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor yang berjaya menemukan telefon bimbit dipercayai milik mangsa.

Operasi pencarian bukti turut dijalankan Unit Skuba Siasatan Forensik Bukit Aman di Sungai Trolak Kampung Batu di Tanjung Malim. – 22 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Govt commits RM24mil to bring FIFA World Cup 2026 to every Malaysian screen: Fahmi

Fans nationwide will enjoy full tournament coverage via RTM, Unifi TV, and public viewing events under MADANI government initiative

Related