HEADLINES

Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan

Kadar pertukaran efektif nominal (NEER) ringgit yang merupakan kayu ukur prestasi mata wang tempatan berbanding rakan dagangan utama juga telah meningkat sebanyak 3.4 %

6:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia berbanding dolar US sejak pelaksanaan tindakan bersepadu oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 26 Februari 2024, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara, MoF berkata ia susulan usaha menggalakkan aliran masuk dana lebih konsisten ke dalam pasaran kewangan domestik termasuk penghantaran balik dan pertukaran pendapatan pelaburan asing oleh syarikat berkaitan kerajaan.

“Setakat 17 Julai 2024, ringgit diniagakan pada paras 4.6642 berbanding 4.7987, nilai tukaran terendah pernah dicatatkan pada tahun ini. 

“Selain itu, kadar pertukaran efektif nominal (NEER) ringgit yang merupakan kayu ukur prestasi mata wang tempatan berbanding rakan dagangan utama juga telah meningkat sebanyak 3.4 peratus,” katanya.

MoF berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar yang bertanya mengenai apakah usaha dilakukan kerajaan ke arah penambahbaikan nilai ringgit berbanding dolar US dan bila usaha itu akan berjaya.

Menurut kementerian, BNM akan terus mengambil langkah-langkah wajar untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik. 

“Perkara ini termasuk mengambil langkah operasi intervensi dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan,” katanya. 

MOF turut menegaskan kerajaan kekal komited dan fokus dalam usaha pelaksanaan polisi pembaharuan struktur dan pengukuhan fiskal. 

Pelbagai usaha telah dijalankan dan mula menampakkan hasil positif seperti pelaburan yang diluluskan kekal menggalakkan bagi tahun 2023 (2023: RM330 bilion; 2022: 267.8 bilion) serta suku pertama 2024 sebanyak RM89.7 bilion (Suku Pertama 2023: RM71.4 bilion).

Selepas enam tahun, JP Morgan telah menaikkan taraf Malaysia daripada ‘underweight’ kepada ‘neutral’ berikutan dasar pembaharuan struktur yang dilaksanakan termasuk pelaburan dalam membangunkan pusat hab data serantau dan teknologi hijau. 

“Ini menunjukkan bahawa pelabur kekal yakin terhadap perkembangan ekonomi negara dan dengan usaha dilakukan oleh kerajaan. Aliran masuk dana dan pelaburan asing ini dijangka akan berterusan dan ia akan menyokong pengukuhan nilai ringgit,” kata MOF. – 22 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

“This decision clears my name after six years of slander – Hannah Yeoh after appeal court victory

Federal Territories Minister Hannah Yeoh says the Court of Appeal ruling in her favour is a vindication of truth, not a pursuit of money, after years of reputational damage caused by false allegations

Related