HEADLINES

Bekalan air di 51 kawasan dijangka pulih sepenuhnya pagi esok

Air Selangor menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan

9:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekalan air bagi Kumpulan 3 meliputi 51 kawasan di Lembah Klang hanya akan pulih sepenuhnya pada 8 pagi esok, kata Air Selangor.

Antara kawasan terbabit adalah lima kawasan di Kuala Lumpur, masing-masing 17 kawasan di Petaling Jaya dan Klang, Shah Alam (sembilan kawasan) dan tiga kawasan di Kuala Selangor.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, antara kawasan bagi Kumpulan 3 itu ialah Bukit Bandaraya, Taman Bangsar, Bukit Saujana, Pantai Hill Park, Universiti Malaya, Bandar Baru Bukit Raja, Kampung Jalan Kebun dan Taman Sri Andalas.

Manakala Kumpulan 1 pula, bekalan air sudah pulih sepenuhnya dan ia termasuk kawasan PKS Jalan Jejawi, Bangsar, PKS Paya Jaras, PKS Air Selangor Office Kuala Selangor serta PKS Kota Damansara.

“Bagi Kumpulan 2 pula, bekalan dijangka pulih sepenuhnya 8 malam ini melibatkan 133 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak dan Kuala Selangor.

“Bagi Kumpulan 1, bekalan air di kawasan yang terjejas pulih sepenuhnya pada jam 7:30 pagi tadi, untuk Kumpulan 2, pemulihan penuh pada jam 8:00 malam ini manakala bagi Kumpulan 3, pemulihan penuh dijangka pada jam 8:00 pagi (Jumaat),’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor juga memberitahu tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Ia juga menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

“Lori-lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan yang masih terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Bagi pelanggan komersial, bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor wilayah Sepang atau Hulu Langat.

“Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air di Braemar Estet (wilayah Hulu Langat) dan Taman Gemilang Dengkil (wilayah Sepang),’’ katanya. – 25 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Related