HEADLINES

Anggota polis suspek bunuh Nur Farah Kartini dituduh di mahkamah esok

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh

3:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anggota polis yang ditahan berkait kes bunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah akan dituduh di mahkamah esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Beliau memberitahu, suspek yang berpangkat Lans Koperal akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru, pagi esok.

“Suspek akan kita bawa untuk pertuduhan esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Pada 15 Julai lalu, mayat wanita itu ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang.

Susulan penemuan mayat itu, suspek yang juga kenalan mangsa dan bertugas sebagai anggota polis ditahan pada hari sama, sebelum direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah, dikebumikan pada Khamis lalu di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.

Terdahulu pada 22 Julai lalu, Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan dompet dipercayai milik mangsa di Sungai Trolak, Kampung Batu 4, Trolak, Perak.

Dompet itu ditemukan pada jam 12.20 tengah hari ketika operasi pencarian bahan bukti di sungai terbabit.

Kad pengenalan (MyKad) mangsa juga masih ada dalam dompet berkenaan.

Unit Forensik Sub Akuatik PDRM turut menemukan dua anak kunci tidak jauh dari lokasi dompet ditemukan.

Pasukan itu menemukan barangan tersebut pada jam 11.20 pagi pada jarak 50 meter dari jambatan lokasi suspek membuang barang mangsa.

Sebelumnya polis berjaya menemukan telefon pintar milik mangsa di dalam parit ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Felda Gedangsa. – 25 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related