◉ HEADLINES

Sumbangan syarikat arak: Amanah tegas pertahan prinsip syariah, kesal niat jahat burukkan imej parti

Kekhilafan yang berlaku disebabkan tertera tulisan 'tiger' di atas replika cek yang disalah anggap dengan pelbagai tafsiran

4:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Amanah tegas mempertahankan prinsip syariah dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah parti politik yang progresif dan inklusif di negara ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya kesal dengan niat jahat pihak tertentu yang mengambil peristiwa melibatkan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan), Datuk Aiman Athirah Sabu untuk memburukkan imej parti bagi tujuan politik sempit.

Menurutnya, kekhilafan yang berlaku disebabkan tertera tulisan ‘tiger’ di atas replika cek yang disalah anggap dengan pelbagai tafsiran.

“Saya juga dimaklumkan bahawa pihak Aiman Athirah sudah menjelaskan kekhilafan tersebut dalam kenyataannya.

“Saya dengan ini menyeru mana-mana pihak agar perlu lebih sensitif dalam hal sedemikian untuk rujukan masa hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Aiman Athirah yang juga Ahli Parlimen Sepang dikecam selepas gambar tular di media sosial memaparkan dirinya bersama individu lain dengan sebuah replika cek sumbangan syarikat arak berjumlah RM3 juta.

Aiman Athirah dilaporkan berkata, beliau hadir ke program di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Sepang itu bagi memberi sokongan kepada pihak sekolah mengumpul dana membina dewan bagi keselesaan murid dan tidak mempunyai niat lain.

Dalam pada itu, Mujahid mendakwa, ada pihak cuba menangguk di air keruh atas kehadiran Aiman Athirah ke sekolah terbabit dengan memberikan konteks berbeza, semata-mata untuk mencetuskan polemik.

Namun katanya, hakikat sebenar disembunyikan secara sengaja dan pihak terbabit mengeploitasikan sekeping gambar untuk memperbesarkan isu tersebut.

“Konteks sebenar kehadiran Aiman Athirah adalah untuk menyampaikan sumbangan beliau sebagai Ahli Parlimen bagi tujuan kutipan dana guna untuk membina dewan sekolah SJKC tersebut.

“Adapun gambar beliau di atas pentas yang dilihat membuat isyarat “thumbs-up” adalah kerana majlis makan malam itu berjaya mengumpul dana RM 3.1 juta iaitu lebih daripada sasaran RM 3 juta yang dijangkakan.

“Ia tidak ada kena mengena sebagai tanda isyarat menyokong menerima sumbangan dari syarikat arak,” katanya.

Sementara itu, Mujahid berkata, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek juga sudah menjelaskan menurut arahan pekeliling kementerian, sumbangan melibatkan syarikat arak, judi atau rokok untuk apa-apa sumbangan sekolah tidak dizinkan.

“Namun, dalam konteks keberadaan Aiman Athirah, majlis tersebut adalah majlis amal untuk kutipan dana yang dianjurkan oleh Lembaga Pengelola sekolah dan sumbagan diterima dari pelbagai pihak termasuk komuniti setempat serta ibu bapa dan pemimpin masyarakat.

“Ia bukan anjuran mana-mana syarikat arak dan bukan juga sumbangan dari mana-mana syarikat arak secara khusus,” katanya.

Ujarnya, replika cek menandakan kutipan derma yang berjaya dikumpulkan iaitu bernilai RM3.1 Juta dan bukan menandakan ianya majlis khas sumbangan dari syarikat arak untuk tujuan kutipan dana sekolah. – 28 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related