HEADLINES

Protes Bangladesh: Pelajar Malaysia boleh sambung pengajian dalam negara atau kembali ke Bangladesh: Zambry

Pelajar Malaysia yang telah dibawa pulang dari Bangladesh akan diberi kaunseling atau berjumpa dengan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengetahui kedudukan mereka

8:29 AM MYT

 

IPOH – Pelajar Malaysia yang telah dibawa pulang dari Bangladesh akan diberi pilihan sama ada mahu menyambung pengajian mereka di dalam negara atau kembali ke negara itu sekiranya keadaan kembali aman, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan supaya satu perbincangan lebih lanjut dilaksanakan bersama pelajar-pelajar berkenaan dari segi hala tuju mereka selepas ini.

“Kita akan tengok bagaimana kedudukan mereka ketika ini, apa pilihan mereka kalau nak sambung di dalam negara (atau tidak) tetapi bagaimanapun kita nak kena tengok dari segi kelayakan, kedudukan dan subjek yang mereka ambil dan sebagainya.

“Kita mahu mereka diberi kaunseling atau berjumpa dengan pegawai-pegawai kita untuk kita mengetahui kedudukan mereka,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus sempena Persidangan Pemikiran dan Tamaduan Islam Sedunia (WCIT) 2024 di sini hari ini.

Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai lepas ekoran keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018 dan kesan daripada demonstrasi itu mengorbankan lebih 130 nyawa.

Susulan itu, seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar telah dibawa pulang dari Bangladesh menerusi penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu.

Mengenai WCIT 2024, Zambry berkata, persidangan itu diharap dapat menghasilkan resolusi dan formula dalam menangani isu global terutama melibatkan keamanan dunia.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke persidangan itu esok dan dijadual turut dihadiri Anwar.

Dianggarkan lebih 1,000 peserta terdiri daripada ulama, pemimpin, intelektual, profesional dan masyarakat akan menghadiri persidangan itu pada esok hingga 31 Julai di Casuarina Meru di sini. – 29 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

‘It’s unsettling’, Mirzan Mahathir’s family shaken as Cartier, Rolex, among RM1.8mil in valuables stolen from home

Burglars ransacked the family home while daughter was present, leaving the family devastated as police launch a full investigation

Related