◉ HEADLINES

Kes culik Albertine: Polis mohon sambung reman suspek 7 hari

Permohonan itu dibuat susulan tempoh reman suspek terbabit tamat hari ini

10:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan memohon sambungan reman tujuh hari ke atas suspek lelaki yang ditemui bersama kanak-kanak mangsa culik, Albertine Leo Jia Hui, 6, di Batang Kali baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, permohonan itu dibuat susulan tempoh reman suspek terbabit tamat hari ini.

Menurutnya, sambungan reman akan dibuat dalam masa terdekat itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap suspek.

“Polis Johor mengesahkan akan memohon sambungan reman tujuh hari bermula 30 Julai hingga 5 Ogos, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap suspek,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Kumar berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Sebarang maklumat mengenai kejadian boleh disalurkan ke talian hotline polis Johor di talian 019-2792095 atau talian bilik gerakan 07-2212999,” katanya.

Albertine disedari hilang bapanya pada kira-kira jam 8.30 malam, 20 Julai lalu ketika berada di sebuah pusat beli-belah di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri.

Dia dikatakan memakai baju T berwarna putih tertera gambar ‘Mickey Mouse’ di dada dan berseluar pendek, dengan memiliki ketinggian kira-kira 120 sentimeter, berambut panjang warna hitam, berkulit cerah serta tubuh sederhana kurus.

Susulan laporan polis dibuat bapa mangsa pada tengah malam 21 Julai lalu, polis berusaha menjejaki kanak-kanak itu di seluruh negara.

Malah, kes itu turut diklasifikasikan semula daripada kehilangan kepada melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemukan selamat pada 23 Julai lalu di Batang Kali, Selangor.

Dalam kenyataannya pada sidang media berhubung penemuan berkenaan, Kumar berkata, kanak-kanak terbabit ditemui di sebuah premis hotel murah bersama seorang lelaki berumur 31 tahun pada kira-kira jam 4 pagi. – 29 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related