HEADLINES

Nur Shafila sudah dikesan, keluar dari rumah kakak untuk berdikari, bukan hilang: Polis

Mangsa menghubungi Penolong Penyiasat Balai Polis Salak Selatan Baru selepas melihat hebahan berkaitan orang hilang mengenai dirinya

5:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keberadaan remaja perempuan, Nur Shafila Shuaib, 20 yang gagal dikesan sejak 15 Julai lalu, sudah diketahui dan berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, mangsa sudah menghubungi Penolong Penyiasat Balai Polis Salak Selatan Baru pada 27 Julai lalu.

Menurutnya, remaja itu berbuat demikian selepas melihat hebahan berkaitan orang hilang mengenai dirinya.

“Pada 30 Julai lalu, mangsa membuat satu laporan di Balai Polis Bayan Lepas Pulau Pinang di mana dia menyatakan sudah keluar dari rumah kakaknya bertujuan untuk berdikari dan bukan hilang,” katanya.

Ravindar Singh berkata, polis Cheras ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang membantu sehingga mangsa dikesan.

“Jika mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan,” katanya.

Terdahulu, pada 11 Mei 2024 jam lebih kurang 9.30 pagi, polis Cheras menerima satu laporan polis bersabit kes Nur Shafila daripada kakak mangsa bahawa adiknya keluar dari rumah di Pangsapuri Sri Malaysia, Cheras sehari sebelumnya dan gagal dihubungi.

“Pada 16 Julai kira-kira jam 11.30 pagi, ibu mangsa membuat satu laporan di Balai Polis Menggatal, Sabah menyatakan pada 8 Jun 2024, mangsa ada menghubunginya melalui telefon untuk bertanyakan khabar, namun tidak dapat dihubungi selepas itu.

“Tindakan hebahan melalui media sosial dibuat pihak polis,” katanya.

Semalam, bercakap kepada Scoop, abang remaja itu, Azreen merayu Nur Shafila pulang ke pangkuan keluarga dan menyelesaikan segala perselisihan faham bersama, selepas keberadaannya gagal dijejaki lebih dua minggu.

“Dua hari lepas dia ada mesej saya melalui aplikasi TikTok. Dia kata dia dalam keadaan selamat, cuma dia tidak beritahu keberadaannya.

“Kami sekeluarga sangat risau dengan keselamatan adik kerana dia masih baru berpindah ke Semenanjung. Mustahil dia tahu kawasan di sana,” katanya. – 31 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related