HEADLINES

PRK Nenggiri: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 13 Ogos

Kertas undi pos perlu diserahkan kepada SPR sebelum 4 petang pada hari mengundi, 17 Ogos ini

10:53 AM MYT

 

GUA MUSANG – Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 13 Ogos ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Nenggiri Nik Raisnan Daud berkata kesemua 14 anggota polis yang sepatutnya mengundi awal pada PRK itu akan mengundi secara pos.

“Tiada pengundian awal akan dibuka di Balai Polis Bertam pada 13 Ogos depan kerana kesemua anggota yang terlibat telah memohon untuk mengundi secara pos.

“Hal ini disebabkan kesemua anggota polis ini akan bertugas sepanjang proses PRK DUN Nenggiri berlangsung,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Nik Raisnan berkata kertas undi pos perlu diserahkan kepada SPR sebelum 4 petang pada hari mengundi, 17 Ogos ini.

PRK berkenaan diadakan susulan kekosongan kerusi diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas Ahli DUN itu Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.

Esok adalah hari penamaan calon bagi PKR berkenaan.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 18 Jun, seramai 20,259 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu, membabitkan 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis. – 2 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related