◉ HEADLINES

Doakan jenazah Ismail Haniyeh, Imam Masjid Al-Aqsa ditahan polis Israel

Difahamkan, beliau sudah dibebaskan dengan syarat tidak menghampiri kawasan Masjid Al-Aqsa sehingga 8 Ogos ini

8:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR –Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri, 85, ditahan polis Israel di rumahnya di Baitulmaqdis, semalam.

Sheikh Ikrima ditahan selepas beliau mendoakan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Tehran, Iran dalam khutbah Jumaatnya.

Dalam satu kenyataan, polis Israel mengesahkan bahawa Sheikh Ikrima telah dibawa ke mahkamah wilayah untuk disoal siasat.

Israel memulakan siasatan terhadap beliau kerana mendoakan Ismail semasa khutbah Jumaatnya.

Menteri Dalam Negeri Israel, Moshe Arbel mengumumkan rancangan untuk membatalkan permit pemastautin Sheikh Ikrima di Baitulmaqdis bertujuan untuk mengusirnya dari bandar itu.

Moshe menyatakan hasratnya dalam surat kepada Peguam Negara Israel, Gali Baharav-Miara.

Difahamkan, beliau sudah dibebaskan dengan syarat tidak menghampiri kawasan Masjid Al-Aqsa sehingga 8 Ogos ini.

Sheikh Ikrima adalah pengkritik tegar pendudukan haram Israel di wilayah Palestin yang berlaku selama beberapa dekad.

Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.

Sebelum ini, pihak berkuasa Israel menangkap dan menyoal siasat Sheikh Ikrima beberapa kali, menghalang kemasukannya ke Masjid Al-Aqsa, dan mengenakan larangan perjalanan ke atasnya.

Israel telah membatalkan status pemastautin tetap rakyat Palestin di Baitulmaqdis yang diduduki, memaksa mereka berpindah ke Tebing Barat. – 3 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related