HEADLINES

Dua remaja maut angkara lumba haram di Klang

Lokasi kemalangan di Persiaran Raja Muda Musa sering dijadikan litar oleh golongan remaja terutama pada malam minggu walaupun operasi dan tangkapan sudah dilakukan beberapa kali sebelum ini

3:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua remaja lelaki masing-masing berusia 16 dan 21 tahun maut dalam nahas membabitkan empat motosikal yang ditunggang secara laju dan berbahaya di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Cha Hoong Fong berkata, kemalangan berlaku apabila sekumpulan penunggang motosikal dipercayai berlumba haram bermula dari Kompleks Sukan Pandamaran, Klang menghala ke Pelabuhan Klang sebelum berpatah balik dengan membuat beberapa pusingan.

Menurutnya, salah sebuah motosikal yang berada dalam kumpulan tersebut terbabas di atas jalan raya sebelum dirempuh beberapa penunggang motosikal daripada kumpulan lain.

“Seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala seorang lagi semasa dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, lokasi tersebut sering dijadikan litar oleh golongan remaja terutama pada malam minggu walaupun operasi dan tangkapan sudah dilakukan beberapa kali sebelum ini oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan tersebut diminta untuk berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Mohd Khairul Nizam di talian 010-2452144,” katanya.

Dalam pada itu, Hoong Fong turut menasihati ibu bapa atau penjaga supaya lebih peka dan mengawal anak-anak masing-masing agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lumba haram yang boleh mengancam nyawa mereka dan pengguna lain. – 5 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Influencer Ms Puiyi wins RM4.3 mil suit against ex-business associate Mentos

Model and DJ gets judgment in default after former director of her company fails to appear in court

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related