◉ HEADLINES

Adun Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan ‘aku janji’ wakil rakyat BN: Ahmad Maslan

Setiap wakil rakyat BN sudah dinyatakan mengenai denda RM100 juta jika mengkhianati parti, malah mereka disediakan dengan peguam sebelum menandatangani surat perjanjian

8:15 PM MYT

 

GUA MUSANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis tahu mengenai implikasi surat perjanjian dan aku janji ditandatangani setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang antara lain menyatakan denda RM100 juta jika mengkhianati parti.

Justeru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dakwaan Muhammad Jailani semalam bahawa tuntutan denda daripada Umno itu bertujuan menjadikannya muflis adalah alasan semata-semata.

“Kita sediakan peguam sebelum mereka tandatangan (surat perjanjian), kita juga sediakan video untuk mereka faham sebelum tandatangan. Itu hanya alasan dia (Muhammad Jailani), alasan tidak kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa meninjau kemajuan fizikal projek pembinaan jalan baharu sepanjang 750 meter dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 Gua Musang di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut meragui dakwaan Muhammad Jailani bahawa beliau menyertai PAS pada Jun tahun lepas, sebulan sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meluluskan enakmen berkaitan antilompat parti.

Rabu lepas, mesyuarat MKT Umno bersetuju memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan terhadap Muhammad Jailani yang diumum Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyertai parti itu sejak Jun tahun lepas.

Pada Sabtu, Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu sudah menyerahkan surat tuntutan kepada Muhammad Jailani bagi menuntut bayaran denda RM100 juta berikutan tindakan menyertai PAS. – 5 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

◉ Related