HEADLINES

Lebih 1,000 ahli Bersatu di 8 cawangan Jeli keluar parti serta-merta

Lapan cawangan itu termasuklah Lawang, Asahan, Batu Gajah, Kedai Kuala Balah, Legeh, Nibong, Jedak Tua dan Kubur Datu

12:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu membabitkan lapan cawangan di Jeli, Kelantan mengumumkan keluar parti hari ini selepas hilang keyakinan terhadap pimpinannya.

Bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Kedai Kuala Balah, Rodzi Muhammad berkata, keputusan itu dibuat kerana Bersatu dilihat lemah dalam percaturan politik, terutama isu pemilihan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Katanya, lapan cawangan Bersatu di Jeli itu membabitkan Lawang, Asahan, Batu Gajah, Kedai Kuala Balah, Legeh, Nibong, Jedak Tua dan Kubur Datu.

“Bersama saya hari ini termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) Bersatu Jeli, lapan ketua cawangan Bersatu dan Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Jeli, mengumumkan perletakan jawatan kami berkuatkuasa serta-merta.

“Keputusan ini kami ambil secara sukarela dan tiada paksaan serta tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

“Sehubungan dengan itu, lapan cawangan dan 18 cawangan Srikandi dengan ini mengumumkan pembubaran di cawangan Bersatu terbabit,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, keyakinan terhadap Bersatu sudah terhakis sama sekali dan parti itu disifatkan bukan lagi parti dominan untuk orang Melayu bergantung harap.

“Bersatu dilihat begitu lemah dan ini jelas dalam pemilihan calon DUN Nenggiri di mana Bersatu dipermain dan digula-gulakan PAS. Kami amat malu dan tercabar dengan kesilapan percaturan ini.

“Kami melihat Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih berkarisma dan berdaya maju,” katanya.

Tambah Rodzi, setakat ini mereka tidak menyertai mana-mana parti namun menyokong Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan seramai 480 ahli Bersatu diketuai bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang, Che Ariffin Hussin, menyerahkan borang keahlian Umno.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan tertinggi Bersatu yang memilih bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN) di Nenggiri. – 7 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

Malaysian Nazmi a candidate to referee at 2026 football World Cup

National referee Muhammad Nazmi Nasaruddin has been selected as one of the main refereeing candidates for the 2026 FIFA World Cup in the United States, Canada, and Mexico, scheduled for June 11 to July 19, 2026.

[UPDATED] Paris 2024: Zii Jia strolls into round of 16

Malaysian badminton’s great gold hope tops group with quick defeat of Spain’s Pablo Abian

Related