HEADLINES

Cubaan samun di Lebuhraya Kesas, 4 lelaki diburu

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun pada jam 1.37 pagi

9:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu empat lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian cubaan samun bersenjatakan kayu berhampiran sebuah stesen minyak dekat Lebuhraya Shah Alam (Kesas), awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun pada jam 1.37 pagi.

Menurutnya, mangsa yang juga seorang juruteknik mendakwa cuba disamun empat lelaki dalam kejadian tersebut.

“Ketika kejadian, suspek yang menunggang motosikal cuba menghalang kenderaan mangsa dengan berhenti di hadapannya.

“Suspek kemudian menghayunkan kayu ke arah cermin kereta mangsa sehingga pecah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 393 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Liew Wai Leong di talian 014-6884167,” katanya. – 7 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Related