HEADLINES

Hutang negara dijangka turun mulai 2027, ‘lain kali kalau kurang faham, bacalah dulu’: Rafizi

Keadaan itu akan dicapai apabila jumlah hutang diwarisi daripada kerajaan terdahulu yang matang mula berkurang

1:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah keseluruhan hutang negara dijangka mula menurun bermula 2027, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, keadaan itu akan dicapai apabila jumlah hutang diwarisi daripada kerajaan terdahulu yang matang mula berkurang.

Katanya, dalam tempoh dua tahun Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir, hutang baru tahunan berjaya diturunkan sebanyak RM14 bilion, iaitu RM86 bilion bagi 2024, berbanding RM100 bilion dalam 2022.

“Jika prestasi ini dapat dikekalkan, jumlah hutang keseluruhan negara akan mula menurun bermula 2027 ke atas apabila jumlah hutang terdahulu yang matang akan mula berkurang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Rafizi turut menempelak sikap segelintir pihak lawan yang menyindir kenyataan atau maklumat dikongsikan Anwar apabila mereka mengatakan, Perdana Menteri memutar fakta berkaitan hutang negara dengan dakwaan ‘kata hutang berkurang, kenapa makin tinggi’.

Setiap kali kerajaan berkongsi maklumat mengenai usaha mengurangkan hutang negara, katanya, perkara itu diperlekehkan penyokong pembangkang.

Menurutnya, ia termasuk pemakluman dibuat Anwar bahawa jumlah hutang baru berkurang setiap tahun setelah Kerajaan Madani mengambil alih, malah dijangka turun kepada RM86 bilion untuk 2024, berbanding RM93 bilion (2023) dan RM100 bilion (2022).

“Maka kecohlah pakar ekonomi Tiktok, konon ini satu penipuan kerana kata mereka, jumlah hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan semakin bertambah.

“Saya selalu terangkan bahawa pada masa kerajaan komited kurangkan hutang baru setiap tahun, kita masih perlu membayar hutang-hutang yang diwarisi.

“Jadi jumlah hutang tahunan itu perlu mengambil kira bayaran hutang terdahulu setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata, apa harus difahami adalah tempoh matang hutang kerajaan selalunya antara tiga ke lima tahun, malah ada yang lebih panjang dari itu.

Ujarnya, profail hutang terdahulu yang perlu dibayar kerajaan ketika ini adalah RM78 bilion untuk 2023, RM97 bilion (2024), RM89 bilion (2025) dan RM97 bilion (2026).

Maknanya, Rafizi berkata, hutang diambil kerajaan terdahulu kini perlu dibayar pentadbiran Anwar.

“Walaupun ekonomi makin baik, cukai yang dikutip lebih tinggi, tapi oleh kerana tempoh matang hutang terdahulu perlu dibayar, jumlah hutang keseluruhan masih nampak tinggi.

“Sebab itu, prestasi mengurangkan hutang perlu diteliti juga dari segi jumlah baru hutang tahun yang diambil pentadbiran sekarang, seperti dinyatakan Anwar.

“Lain kali, kalau kurang faham, bacalah dulu,” katanya. – 9 Ogos 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related