◉ HEADLINES

Kepala air Sungai Pisang: Semua mangsa berjaya diselamatkan

Kebanyakan mangsa adalah pendaki yang ketika itu sedang menjalankan aktiviti pendakian di kawasan berkenaan

6:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua 25 orang yang terperangkap di kepala air di Sungai Pisang, Selayang telah berjaya diselamatkan pada jam 3.30 petang tadi.

Bercakap kepada Scoop, Pegawai Bomba Kanan II, Suhaimi Samoory berkata kebanyakan mangsa adalah pendaki yang ketika itu sedang menjalankan aktiviti pendakian di kawasan berkenaan.

Jelasnya, kejadian itu berlaku pada 1.41 petang tadi.

Video lokasi di mana 25 orang terperangkap itu kini tular di media sosial – Tangkapan layar, 11 Ogos, 2024

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 2:00 petang. Seramai enam anggota dari balai berkenaan dikerahkan ke lokasi kejadian,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya Suhaimi, operasi menyelamat segera dijalankan dengan menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

“Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati seramai 25 orang mangsa terperangkap di kepala air dan kerja-kerja membawa keluar mangsa telah dilakukan. Semua mangsa selamat.

“Operasi menyelamat berjaya tamat sekitar jam 3:30 petang,” katanya.

Video mengenai lokasi di mana 25 orang terperangkap itu kini tular di media sosial. – 11 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related