HEADLINES

Muhyiddin tak cukup sokongan, hanya ada 105 SD: Zahid

Menurut Timbalan Perdana Menteri, jumlah itu berkurangan apabila terdapat pertindihan SD antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN)

1:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai jumlah sokongan Akuan Bersumpah (SD) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan pada 2022 kerana beliau hanya mempunyai 105 SD sahaja, demikian tegas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, jumlah itu berkurangan apabila terdapat pertindihan SD antara PN dan Barisan Nasional (BN).

Malah, kata beliau, 115 SD yang dikatakan ada itu termasuk 10 SD daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menandatangani dua SD.

“Sebenarnya dia (Muhyiddin) tidak cukup jumlah kerusi (untuk bentuk kerajaan). Apa yang dikatakan beliau (Muhyiddin Yassin), ini (Setiausaha Agung) saksi hidup bahawa 115 SD yang dikatakan ada itu adalah termasuk 10 SD daripada Ahli Parlimen (BN) yang menandatangani dua SD.

“Dengan BN pun dia tandatangan, dengan PN pun mereka tandatangan. Itu sebabnya jumlah sebenar hanya ada 105 SD sahaja. 105 SD tidak cukup nak bentuk kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2024) di sini hari ini.

Zahid yang juga Presiden Umno dan pengerusi BN berkata demikian bagi mengulas dakwaan Muhyiddin ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bahawa beliau mempunyai 115 SD pada masa itu.

Malah semalam, Muhyiddin menyerahkan dokumen mengandungi 115 SD Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, kepada polis.

Akuan Berkanun itu didakwa telah diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022, pukul 1.28 tengah hari, sebelum tempoh asal ditetapkan tamat dan satu lagi Akuan Berkanun yang diserahkan kepada Istana Negara pada 22 November 2022.

Mengulas lanjut, Zahid berkata SD yang ditandatangani oleh 10 Ahli Parlimen BN tidak sah kerana mereka terikat dengan tiga dokumen yang ditandatangani ketika watikah pelantikan calon diberikan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) pada 2022 lalu.

“Setiap calon Parlimen BN perlu tandatangan 3 dokumen. Satu menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Pengerusi BN untuk membentuk kerajaan atau mewujudkan kerajaan campuran atau sebab tindakan bagi ke arah pembentukan kerajaan.

“Kedua menandatangani dokumen bahawa kerusi yang dimenangi itu adalah kerusi parti dan bukannya individu. Dokumen ketiga jika mereka keluar parti atau menyokong pihak lain, mereka mesti membayar RM100 juta denda.

“Ketiga-tiga dokumen ini ditandatangani dan ianya ditandatangani dengan rakaman video di hadapan pesuruhjaya sumpah bersama tiga orang peguam.

“Jadi bagaimana kalau berlaku gila talak itu mahu menafikan situasi sebenarnya, dia memang tidak ada jumlah,” katanya. – 22 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related