◉ HEADLINES

Tak timbul soal bergerak solo, sepatutnya ‘BN first’: Presiden MCA

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, persoalan mengenai isu kesetiaan MCA kepada BN tidak pernah timbul

3:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak timbul sebarang persoalan sama ada Barisan Nasional (BN) perlu bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, sebaliknya setiap parti komponen BN perlu memperkukuhkan kekuatan masing-masing dan melihat BN sebagai entiti penting.

“Jaga keluarga kita dahulu, sepatutnya BN first (didahulukan). Kita bertanding atas tiket BN. Bagi kita BN satu parti, apa sahaja senario yang telah kita lalui proses itu pada 2018, 2020 dan pilihan raya kecil.

“Dalam keadaan sekarang, kita dukung prinsip demokrasi dan tanggungjawab kepada rakyat itu penting.

“Sebagai satu parti, kita kena bergerak dengan falsafah sama-sama memakmurkan parti komponen, baru kita boleh mempersiapkan diri untuk berdepan cabaran,” katanya kepada media di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Selain itu Ka Siong berkata, persoalan mengenai isu kesetiaan MCA kepada BN juga tidak pernah timbul.

“MCA antara parti terawal sertai BN dan masih setia dalam gabungan itu sehingga hari ini.

“Masalah kesetiaan ini tidak pernah bangkit sebab kita yang (antara) tubuhkan BN. Inilah semangat dalam BN sehingga sekarang,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan tentang terdapat tekanan yang semakin meningkat dalam MCA untuk meninggalkan BN.

Namun MCA menafikan dakwaan itu malah Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon berkata, tiada sebarang perbincangan dibuat mengenai perkara itu dalam kalangan kepimpinan tertinggi parti.

Terdahulu dalam ucapan dasarnya hari ini, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu akan meneruskan konsep perkongsian kuasa seperti diamalkan sehingga kini dalam memastikan kelangsungan parti itu mendepani perubahan landskap politik semasa. – 23 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related