HEADLINES

Kenderaan rosak, hanyut akibat kepala air di Langkawi

Hujan lebat berterusan dan angin kuat menyebabkan berlakunya kepala air sehingga melimpah ke kawasan letak kereta Cable Car Langkawi

6:52 PM MYT

 

ALOR SETAR – Beberapa kenderaan mengalami kerosakan termasuk sebuah daripadanya dihanyutkan ke dalam sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata hujan lebat berterusan dan angin kuat menyebabkan berlakunya kepala air sehingga melimpah ke kawasan letak kereta Cable Car Langkawi.

“Kejadian kepala air itu menyebabkan beberapa kenderaan yang diparkir rosak dan sebuah daripadanya dihanyutkan dan ditemukan di Sungai Perangin.

“Selain itu, beberapa kios, kedai baju, kafe dan tempat makan di kawasan berkenaan turut terjejas. Setakat ini, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut membuat kawalan di laluan masuk kawasan berkenaan bagi mengelakkan orang ramai memasuki kawasan itu. 

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi Kapten (PA) Khairul Afzan Md Yasin berkata hujan lebat berterusan dari semalam turut mengakibatkan limpahan air ke kawasan parkir B Oriental Village Panorama Langkawi Sdn Bhd pada 12.50 tengah hari.

“Hujan berhenti pada 2 petang dan air surut sepenuhnya pada 2.40 petang. Beberapa kenderaan, kedai dan kios di kawasan berhampiran mengalami kerosakan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. – 23 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Budget 2026: Anwar unveils RM1.2b to revive heritage buildings and transform KL’s hawker centres, peoples’ housing

The 2026 Budget allocates funds for historic restorations, urban upgrades, and a renewed commitment to cultural preservation and inclusive city living

Related