HEADLINES

Isu 3R: PM tegaskan beliau tidak campur tangan siasatan terhadap Muhyiddin

Perdana Menteri berkata siasatan itu dijalankan mengikut saluran undang-undang

9:16 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan mencampuri siasatan terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh institusi diraja ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Beliau berkata siasatan itu dijalankan mengikut saluran undang-undang dan menyerahkan perkara tersebut kepada Peguam Negara.

“Kita ikut jalur (undang-undang), serah kepada siasatan (polis) dan juga Peguam Negara. Saya tidak campur urusan (itu),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di sini hari ini.

Muhyiddin didakwa membuat ucapan yang menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) semasa kempen PRK DUN Nenggiri di Kelantan baru-baru ini menyebabkan ramai pihak tampil membuat laporan polis.

Muhyiddin juga dikatakan mengeluarkan ucapan yang mempertikai tugas dan kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan. – 23 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related