◉ HEADLINES

Rakyat Palestin cedera dihantar pulang apabila gencatan senjata kekal dipersetujui

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak wajar sekiranya rakyat Palestin berkenaan dihantar pulang ketika gencatan senjata masih belum berlaku

4:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakyat Palestin yang sedang dirawat di Malaysia hanya akan dihantar pulang ke negara mereka apabila keadaan bertambah baik atau sekurang-kurangnya gencatan senjata kekal dipersetujui semua pihak.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak wajar sekiranya rakyat Palestin berkenaan dihantar pulang ketika gencatan senjata masih belum berlaku.

“Sekurang-kurangnya apabila gencatan senjata kekal dipersetujui semua pihak, barulah kita akan rancang bagaimana untuk menghantar mereka pulang, mereka tidak mahu tinggal di sini, mereka mahu dihantar pulang ke tanah air mereka.

“Jadi, jangan risau bagi mereka yang bimbang rakyat Palestin ini akan tinggal di sini selama-lamanya, saya tidak fikir itu yang mereka mahu. Mereka mahu kita menghantar mereka kembali,” katanya kepada pemberita ketika melawat Laman Media di Perhimpunan Agung Umno 2024 di sini hari ini.

Dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia membawa 41 rakyat Palestin yang cedera dan 86 waris mereka akibat serangan berterusan rejim zionis Israel, tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira 2 petang, 16 Ogos lepas.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tiada misi kedua membawa lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia setakat ini. – 24 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related