HEADLINES

Proses mapping seluruh KL dilakukan untuk pasti jalan selamat: Zaliha

Zaliha berkata pihak juga sedang menunggu laporan penuh berhubung insiden berkenaan selepas operasi SAR selesai dan akan berbincang mengenai tindakan seterusnya

6:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan akan melakukan proses mapping bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung insiden tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India, di sini semalam.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata langkah itu perlu diambil bagi memastikan laluan sekitar insiden selamat untuk dilalui orang ramai.

“Kita akan buat semua mapping dan dapatkan input daripada pihak geologi.

“(Daripada situ) baru kita lihat bagaimana usaha kita seterusnya untuk memastikan kawasan ini dan sekitar Kuala Lumpur selamat (untuk orang ramai),” katanya kepada media selepas meninjau lokasi kejadian runtuhan tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, hari ini.

Sehingga kini, pasukan SAR masih belum mendapat sebarang petunjuk atau penemuan seorang wanita warganegara India, Vijayalecthumy, 48, yang terjatuh ke dalam mendapan tanah jerlus berkedalaman lapan meter di Masjid India, pagi semalam.

Zaliha meluangkan masa selama kira-kira 20 minit mendengar penerangan berhubung operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua.

Sementara itu, Zaliha berkata pihaknya akan menunggu laporan penuh berhubung insiden berkenaan selepas operasi SAR selesai dan pihaknya akan berbincang mengenai tindakan seterusnya.

“Laporan penuh saya belum terima lagi jadi kita tengah tunggu dari pihak-pihak bertanggungjawab, begitu juga dengan punca (kejadian).

“Pelbagai spekulasi diberikan dan kita hanya dapat mengetahui (punca) selepas laporan penuh dikeluarkan,” katanya. – 24 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related