HEADLINES

Cuaca buruk: Laluan Gunung Kinabalu ditutup, pendaki diarah turun serta-merta

Semua pendaki yang melepasi laluan ini telah diarahkan turun dengan serta-merta dan selamat tiba di Panalaban, diiringi tiga petugas SAR taman

2:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laluan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, telah ditutup sepenuhnya susulan cuaca buruk sejak pagi tadi dengan semua pendaki diarahkan turun serta-merta.

Sabah Park dalam kenyataannya memaklumkan, laluan itu ditutup pada 8.43 pagi tadi akibat hujan lebat, cuaca berangin, berkabus dan air deras yang menuruni laluan pendaki di sayat-sayat.

“Kesemua pendaki yang telah melepasi laluan ini diarahkan turun serta-merta dan selamat tiba di Panalaban, yang diiringi oleh tiga petugas SAR Taman,’’ katanya.

Sabah Park turut memaklumkan, taman-taman Sabah amat komited dan siap siaga dalam memantau keselamatan pendaki Gunung Kinabalu, tidak kira dalam apa juga keadaan dan waktu.

Ia bagi mengelakkan perkara tidak diingin berlaku sepanjang tempoh pendakian.

Hujan lebat mengakibatkan permukaan gunung menjadi sangat licin sekali gus boleh menyebabkan pendaki hilang keseimbangan atau berisiko untuk jatuh dan cuaca buruk juga boleh menyebabkan kabus tebal selain mengurangkan jarak pandangan.

Sebelum pandemik Covid-19, Sabah Park mengeluarkan 185 permit kepada pendakisehari namun kini hanya 163 permit dikeluarkan sejak 25 Januari 2023. – 13 September, 2024

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related