HEADLINES

Kes GISB: Agong titah polis siasat menyeluruh dan tindakan segera

Menurut baginda, perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan

2:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan polis menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan segera dalam isu jenayah dan penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal di bawah kendalian Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB).

Seri Paduka bertitah, baginda memandangkan serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di dalam media massa berkaitan rumah amal berkenaan.

“Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil,” titah baginda kepada Royal Press Office pada hari ini.

Menurut baginda, perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan.

Sultan Ibrahim turut menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan yang melampau berkaitan isu agama kerana ia amat sensitif dan mesti ditangani dengan berhati-hati.

Pada 11 September lalu, seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan ke atas 20 rumah amal kendalian GISBH di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan menerusi Op Global.

Susulan itu, seramai 171 suspek berusia 17 hingga 64 tahun termasuk seorang guru dan penjaga asrama, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes eksploitasi kanak-kanak. – 17 September, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines soars to 39th in Skytrax’s World’s Best Airline ranking

National carrier climbs eight positions, a significant improvement from last year's 47th place

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related