◉ HEADLINES

Suspek ditembak mati di Kundang ada 26 rekod jenayah pecah rumah, dadah: Polis

Hasil siasatan mendapati suspek berusia lewat 30-an itu juga pernah dikenakan tindakan di bawah kesalahan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) Seksyen 15(d) melibatkan jenayah terancang

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek ditembak mati polis di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor awal pagi hari ini mempunyai 26 rekod jenayah lampau melibatkan kes pecah rumah dan dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil siasatan mendapati suspek berusia lewat 30-an itu juga pernah dikenakan tindakan di bawah kesalahan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) Seksyen 15(d) melibatkan jenayah terancang.

“Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai 26 rekod jenayah iaitu 17 rekod jenayah dan sembilan rekod jenayah narkotik.

“Sebanyak 10 dari rekod jenayah tersebut adalah melibatkan kes pecah rumah dan kedai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pihak polis juga turut menemui tiga parang, dua pemotong (cutter), satu kapak besi, satu pemotong, satu batang kuku kambing serta alat kikisan cat yang dipercayai digunakan dalam jenayah pecah rumah dalam kenderaan yang dipandu suspek.

Hussein berkata dalam kejadian itu, polis terpaksa melepaskan tembakan selepas suspek enggan memberhentikan kenderaannya sehingga menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas.

“Dalam kejadian tersebut suspek enggan memberhentikan kenderannya lalu bertindak mengundurkan kereta dengan sangat laju dan merbahaya sehingga merempuh kereta pasukan polis dan kenderaan orang awam.

“Ekoran itu, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri ke arah kenderaan suspek.

“Suspek terkena tembakan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, iaitu cubaan membunuh orang dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda serta dipenjarakan selama 10 tahun.

Terdahulu, Scoop melaporkan dalam kejadian jam 1.15 pagi ini, sepasukan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kota Damansara berbalas tembakan dengan sekumpulan individu yang juga penjenayah dikehendaki.

Dalam kejadian itu, mereka yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dipercayai enggan memberhentikan kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah polis. – 25 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related