HEADLINES

Pendakwah selebriti, Ustaz Husam didakwa guna gelaran Datuk yang tidak diiktiraf

Ahmad Husam mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Halim Idid

1:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pendakwah selebriti, Ahmad Husam Muhamad Baderudin, 34, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar kerana menggunakan gelaran Datuk yang tidak diiktraf.

Ahmad Husam, yang berasal dari Kodiang, Kedah, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Halim Idid.

Dia mempunyai kira-kira 323,000 pengikut di Facebook.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Husam didakwa menerima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf daripada Tuan yang Terutama Negeri Melaka pada 4 Mei lalu sekitar 11.30 pagi di Pejabat Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Jalan Kangar-Alor Setar di Kangar.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4A (3) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Betul) (Pindaan) 2016 (Enakmen A21) yang dibaca bersama Seskyen 17 Akta Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 2017 (Akta 797), lapor Astro Awani.

Kesalahan berkenaan juga boleh dihukum mengikut Seksyen 4A(6) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Betul) (Pindaam) 2016 (Enakmen A21).

Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh diwakili peguam Nur Iman Nor Azmi dan Nur Amin Nor Azmi manakala pendakwaan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Perlis, Muhamad Asyraf Md Kamal dan Timbalan Pendakwaraya Perlis, Jodia Poh Yi Tying.

Muhamad Asyraf memohon mahkamah mengenakan jaminan RM50,000 kepada tertuduh, namun dibantah Nur Iman dengan alasan ia adalah keterlaluan apatah lagi anak guamnya hanya bekerja sebagai pengetua maahad tahfiz serta sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula. – 26 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related