HEADLINES

PRK Mahkota: Kemenangan besar isyarat jelas retorik pembangkang tidak ‘berbisa’

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu juga menunjukkan bahawa isu-isu 3R sudah tidak berupaya memecahkan perpaduan yang jitu di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan

12:50 PM MYT

 

BEIJING – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semalam merupakan isyarat jelas kepada pembangkang bahawa retorik dan polemik yang sering dimainkan mereka tidak lagi ‘berbisa’ untuk meracuni pemikiran pengundi. 

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu juga menunjukkan bahawa isu-isu 3R iaitu raja, agama dan kaum sudah tidak berupaya memecahkan perpaduan yang jitu di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan. 

“Hentikanlah, kita fokus kepada idea kita, usaha untuk menjana idea yang lebih bernas, lebih baik supaya kita dapat menyumbang kepada negara. Kemenangan ini bukti formula perpaduan diterima rakyat dan kita perlu berusaha lebih gigih untuk menyelesaikan isu-isu dihadapi rakyat,” katanya kepada Bernama di sini.

PRK DUN Mahkota menyaksikan calon BN Syed Hussien Syed Abdullah menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar dengan majoriti 20,648 undi, sekali gus BN mengekalkan kerusi DUN berkenaan.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut menzahirkan kesyukuran atas kemenangan besar itu dengan laporan awal menjangkakan kemenangan dengan kira-kira majoriti 10,000 undi.

Beliau berkata keputusan itu sudah pasti membakar semangat parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk meneruskan usaha menyantuni dan menyelesaikan masalah rakyat terutama membabitkan kos sara hidup.

Fahmi berkata ia menjadi peluang kepada parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk mencari strategi tepat bagi menempa kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-16. – 29 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related