HEADLINES

Menang di Mahkota matangkan kerjasama BN-PH, slogan ‘No DAP’ tak lagi laku: Puad

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi menegaskan, slogan ‘No DAP’ yang selalu dijadikan alasan kini tidak lagi laku

1:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota memantap dan mematangkan lagi kerjasama BN- Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi menegaskan, slogan ‘No DAP’ yang selalu dijadikan alasan kini tidak lagi laku.

“Sebaliknya ia alasan syok sendiri bagi mereka yang mahu melompat parti atau tidak ada masa depan dalam Umno.

“Persafahaman Umno-DAP adalah kunci utama kelansungan Kerajaan Perpaduan.

“Mahkota adalah formula terbaik. Perbezaan pendapat seperti dalam isu halal tidak menjejaskan kemenangan. Tidak ada boikot. DAP jelas komited berkempen,” katanya dalan kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lebih baik persafahaman BN-DAP berlangsung bukan kerana hipokrasi.

“Tidak salah berbeza pandangan tapi “wisdom” menyelesaikannya.

“Sikap terbuka pemimpin generasi baru DAP dan kematangan pemimpin Umno buka landskap baru politik negara,” katanya.

Tambahnya, PRK DUN Mahkota membimbing kerjasama BN-PH yang lebih serius.

“Biarkan Perikatan Nasional (PN) terjun dengan labu labunya. Tunggu sahaja musibah kekalahan teruk PN khususnya kepada Bersatu.

“Apakah akan wujud pemberontakan dalaman seperti bila Bersatu kalah teruk di Tanjung Piai?

“Kita tunggu jika Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) akan melakukan langkah Sheraton 2.0. Kali ini DAP bukan lagi alasan. Mesti ada “kambing hitam” baru,” katanya.

PRK Mahkota menyaksikan calon BN Syed Hussien Syed Abdullah menang dengan majoriti besar selepas memperoleh 27,995 undi menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar yang mendapat 7,347 undi.

Susulan kekalahan itu, Azmin yang juga Pengarah PRK DUN Mahkota bagi PN berkata, gabungan itu tidak berputus asa malah menerima keputusan yang dibuat penggundi DUN Mahkota itu dengan hati terbuka. – 29 September, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Ex-army chief, wife face RM2.197mil money laundering charges

Tan Sri Hafizuddeain Jantan and Salwani Anuar pleaded not guilty in separate Sessions Courts today to four counts each under the Anti-Money Laundering Act, involving millions allegedly deposited into their accounts

Zii Jia sets the bar for independent athletes with Team LZJ success

Goh Liu Ying shares the challenges, financial realities of going professional as more Malaysian shuttlers follow Zii Jia’s path

Related