HEADLINES

Kampung Melayu Subang banjir kilat, wakil rakyat digesa atasi masalah berulang

Paras air berada pada kedalaman satu kaki (0.3 meter) namun tiada pemindahan mangsa banjir dilakukan

8:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan rendah di sekitar Kampung Melayu Subang, Selangor dilanda banjir kilat akibat hujan lebat lebih sejam hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pasukan Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 5.05 petang

“Beberapa tempat di Kampung Melayu Subang terutamanya kawasan rendah dan berhampiran sungai mengalami banjir kikat termasuk kawasan sekitar Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Melayu Subang.

“Paras air berada pada kedalaman satu kaki (0.3 meter) namun tiada pemindahan mangsa banjir dilakukan,” katanya.

Sementara itu, penduduk Kampung Melayu Subang mengharapkan masalah banjir kilat yang kerap berulang di kawasan berkenaan diatasi dan menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim mengambil tindakan segera mengatasinya.

Rata-rata penduduk melahirkan kekesalan kerana kawasan perumahan mereka kerap kali dinaiki air setiap kali berlaku hujan berterusan.

“Dari dulu, tak pernah settle (selesai) (masalah banjir). Tukar YB (wakil rakyat) pun sama sahaja.

“Dalam sungai dah banyak pulau jadian, tiada langsung usaha untuk korek macam dulu (selenggara). Tahu-tahu buat kolam tadahan banjir, kalau sungai jadi cetek dan sempit memang cepat la banjir.

“Dah 28 tahun duduk Kampung Melayu Subang. Dah jenuh dah banjir, kasihan semua penduduk, kasihan semua anak-anak nak balik dari sekolah. Apa tindakan yang dibuat?

“YB Izuan Kasim, bila masalah banjir di Kampung Melayu Subang nak berakhir?” soal penduduk.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyatannya berkata ribut petir diramal berlaku di hampir semua negeri sehingga jam 4 petang hari ini.

Menerusi amaran dikeluarkan pada jam 1.55 tengah hari, MetMalaysia memaklumkan ribut petir dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Putrajaya. – 3 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Related