HEADLINES

Bajet 2025: HBA bimbang pembeli sekadar ambil peluang tanpa fikir kos pasca pembelian

HBA turut mempersoalkan berapa banyak wang yang akan dikeluarkan oleh kerajaan semata-mata untuk melaksanakan Deposit Madani ini jika ia diluluskan dalam Bajet 2025

3:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan inisiatif Deposit Madani yang menyediakan bantuan deposit sehingga RM30,000 bagi membantu golongan B40 dan M40 memiliki rumah pertama disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Bercakap kepada Scoop, Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Datuk Chang Kim Loong berkata, ini kerana golongan sasar akan hanya sekadar mengambil peluang mendapatkan inisiatif tersebut sedangkan mereka tidak mampu menanggung kos pasca pembelian termasuk bayaran bulanan.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Datuk Chang Kim Loong berkata, pembelian rumah tidak boleh dipaksa sekiranya seseorang itu masih belum layak justeru HBA menyifatkan cadangan tu sebagai tidak sesuai. – Gambar rism.org, 5 Oktober, 2024

Jelasnya, pembelian rumah tidak boleh dipaksa sekiranya seseorang itu masih belum layak justeru HBA menyifatkan cadangan tu sebagai tidak sesuai.

Selain itu, Kim Loong turut mempersoalkan berapa banyak wang yang akan dikeluarkan oleh kerajaan semata-mata untuk melaksanakan Deposit Madani ini jika ia diluluskan dalam Bajet 2025.

“Cadangan ini kurang sesuai dan tidak masuk akal kerana akan menyebabkan rakyat yang masih belum mampu berebut mengambil inisiatif ini.

“Mereka tidak memikirkan kesan jangka panjang selepas pembelian rumah iaitu lebih rumit termasuk kos guaman dan duti setem perjanjian jual beli,’’ katanya.

Ogos lalu, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Inisiatif deposit Madani dengan nilai maksimum RM30,000 kepada pembeli rumah pertama merupakan antara cadangan yang dikemukakan dalam Belanjawan 2025.

Kor Ming berkata, ia adalah bagi meringankan komitmen bayaran bulanan pembeli rumah pertama terutama golongan belia dalam kalangan B40 dan M40.

“Ia juga selaras dengan dasar kerajaan ‘Rumahku Syurgaku’ dan bagi merealisasikan aspirasi kementerian supaya setiap rakyat memiliki tempat tinggal,’’ katanya.

Bajet 2025 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Kim Loong berkata, daripada menggalakkan golongan berkenaan membeli rumah pertama, adalah lebih baik jika pelbagai lagi cadangan lain dikemukakan.

“Jadi, daripada kita nak galakkan mereka beli rumah pertama, lebih baik fikir pelbagai lagi cadangan yang lebih baik seperti beri program pendedahan secara lebih meluas mengenai proses pembelian rumah serta tanggungjawab dan komitmen yang perlu diberi perhatian oleh pemilik rumah,” katanya.

Untuk rekod, deposit rumah yang perlu dibayar adalah sebanyak 10% daripada harga rumah dan bakal pembeli juga perlu menyediakan wang sebanyak tiga hingga lima peratus daripada harga rumah untuk membayar kos guaman dan duti setem perjanjian jual beli. – 5 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related