HEADLINES

Tiada pemimpin, ahli PAS terlibat GISB

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, yang terlibat dengan GISB adalah ahli yang sudah keluar dari PAS

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada pemimpin atau ahli PAS yang terlibat dengan kumpulan Global Ikhwan Services & Holding (GISB), demikian penegasan yang dibuat oleh Ketua Penerangan parti itu, Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau berkata, yang terlibat dengan GISB adalah ahli yang sudah keluar dari PAS.

“Tiada….yang terlibat sudah keluar dari PAS,’’ katanya pada sidang media di Munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS ke 70 peringkat negeri Selangor di Pusat Konvensyen Bangi, hari ini,

Fadhli berkata demikian ketika ditanya sama ada ahli PAS yang terlibat dalam kumpulan GISB, iaitu pergerakan yang dikaitkan dengan dakwaan eksploitasi kanak-kanak serta ajaran sesat.

Terdahulu, Pahang menjadi negeri ketiga selepas Perlis dan Selangor memfatwakan fahaman yang dibawa Global Ikhwan Services & Holding (GISB) adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Mufti Pahang, Profesor Datuk Asmadi Mohamed Naim berkata Jabatan Mufti Pahang menerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri memfatwakan perkara itu kepada pengikut yang meneruskan fahaman Aurad Muhammadiah yang dibawa gerakan Al-Arqam yang telah diwartakan sesat dan menyeleweng pada 1994.

Pada Khamis, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu bahawa pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISB dan rangkaiannya adalah menyeleweng daripada akidah Islam sebenar.

Sementara Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 19 September lalu memutuskan bahawa fahaman yang didukung GISB mengandungi unsur ajaran sesat, khususnya daripada segi batiniah. – 5 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Meet Ryt Bank: the digital bank that speaks manglish and pays you daily interest

With cashback perks, PayLater credit, and an AI assistant that chats in Bahasa, English and Manglish, Ryt Bank is making money matters simpler — and more rewarding

Related