◉ HEADLINES

Yusoff Rawther dituduh miliki dua pistol tiruan

Muhammed Yusoff, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan di hadapan Majistret S Mageswary

1:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan.

Muhammed Yusoff, 31, membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan di hadapan Majistret S Mageswary.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara 1, di sini, pada 9.25 pagi, 6 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Nurmustanir Md Nor yang mewakili Muhammed Yusoff tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan anak guamnya sebelum ini didakwa mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, bulan lalu.

Kesalahan mengikut seksyen itu tidak boleh dijamin.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Mageswary tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh selain menetapkan 12 November ini bagi serahan dokumen.

Terdahulu, 12 September lalu, Muhammed Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram di kawasan tempat letak kereta di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 September lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu memandangkan kes itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. – 9 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related