HEADLINES

Kod tatalaku pelesenan penyedia platform media sosial diumumkan hujung bulan ini: Fahmi

Penyediaan draf kod tatalaku tersebut sedang diusahakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC)

8:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kod tatalaku pelesenan penyedia platform media sosial akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tatalaku itu bertujuan untuk diteliti oleh platform media sosial dalam tempoh dua bulan sebagai garis panduan sebelum mendaftar untuk pelesenan.

Tambahnya, penyediaan draf kod tatalaku tersebut sedang diusahakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Ia supaya mereka faham tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat Malaysia yang guna platform mereka,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Fahmi ditemui selepas menghadiri rakaman “Podcast Kempen Kesedaran Kesihatan Mental” anjuran Suria KLCC, di sini hari ini.

MCMC sebelum ini memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Langkah itu akan dikuatkuasa bermula 1 Januari 2025.

Sementara itu, mengulas mengenai kandungan kod tatalaku tersebut, Fahmi berkata beliau belum dimaklumkan oleh MCMC berkaitan perkara itu, tetapi menjelaskan bahawa kod tersebut akan berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan platform-platform media yang akan dilesenkan.

Sementara itu beliau berkata beberapa akta baru juga akan digubal seperti Akta Keselamatan Dalam Talian yang akan diuruskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata platform-platform media waktu ini tidak membenarkan penglibatan kanak-kanak, namun jika dilihat ia tidak dilaksanakan dengan baik kerana tiada kerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Justeru Fahmi berkata dengan adanya kerangka ataupun apabila media sosial ini dilesenkan, kerjasama dengan pihak PDRM dan peguam akan lebih baik. – 10 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related