◉ HEADLINES

Pelepasan cukai individu bagi bayaran premium insurans pendidikan, perubatan naik kepada RM4,000

Pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000 juga meliputi bahagian bayaran perubatan yang dilakukan oleh pembayar cukai di bawah produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan dengan ciri-ciri pembayaran bersama

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberi pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000 adalah juga meliputi bahagian bayaran perubatan yang dilakukan oleh pembayar cukai di bawah produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan dengan ciri-ciri pembayaran bersama.

“Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan telah tertakluk kepada cukai pendapatan di negara sumber serta diterima oleh individu di Malaysia, yang pada masa ini diberikan secara bertempoh sehingga 31 Disember 2026, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2036,” katanya pada pembentangan Bajet 2025 hari ini. – 18 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Lee Chong Wei’s BAM appointment set to elevate Malaysia’s badminton future: Minister

Youth and Sports Minister Hannah Yeoh says the move is precisely what she has advocated for, believing that local icons in leadership roles are crucial to injecting 'excitement, confidence and precision' into national sports associations

Revolutionising rural healthcare: MCMC launches drone medicine delivery project in Tawau

Pilot initiative to begin in late 2025, aiming to improve medicine access in remote areas using drones and smart tech

76 individu terima watikah lantikan Tribunal Pekerja Gig, Majlis Perundingan Gig

Penubuhan TPG dan MPGig merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Akta Pekerja Gig yang dijangka memberi manfaat lebih 1.64 juta pekerja gig di seluruh negara

◉ Related