◉ HEADLINES

MCMC mulakan Rundingan Awam draf Kod Tatalaku penyedia perkhidmatan media sosial

Tujuan Rundingan Awam ini untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada Penyedia Perkhidmatan, orang awam, pemain industri dan pihak berkepentingan yang relevan

3:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memulakan Rundingan Awam mengenai draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Penyedia Perkhidmatan Media Sosial (Penyedia Perkhidmatan).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, rundingan itu susulan daripada pengenalan Kerangka Pelesenan untuk perkhidmatan pesanan Internet dan perkhidmatan media sosial yang diwartakan pada 1 Ogos 2024 lalu dan bakal berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

“Tujuan Rundingan Awam ini untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada Penyedia Perkhidmatan, orang awam, pemain industri dan pihak berkepentingan yang relevan.

“..dan matlamat draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) ini bagi mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat untuk rakyat Malaysia, terutamanya kepada kanak-kanak dan golongan rentan yang berisiko tinggi terdedah kepada kandungan memudaratkan.

“Draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) yang dicadangkan oleh MCMC menggariskan amalan terbaik untuk diterima pakai oleh Penyedia Perkhidmatan yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Menurutnya, MCMC amat menggalakkan penyertaan daripada Penyedia Perkhidmatan, orang awam dan semua pihak berkepentingan yang berminat dalam proses Rundingan Awam yang akan bermula dari 22 Oktober 2024 sehingga 5 November 2024.

“Rundingan Awam ini merupakan peluang untuk semua pihak menyumbang kepada dasar-dasar yang akan membentuk masa depan persekitaran dalam talian di Malaysia,

“Memastikan bahawa ruang dalam talian kekal selamat, terjamin, serta kondusif untuk pertumbuhan dan inovasi,” katanya.

MCMC sebelum ini memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). – 22 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

◉ Related