◉ HEADLINES

Harga gula putih masih kekal, tiada alasan naikkan harga makanan lain: Armizan

Kenaikan (duti eksais) hanya membabitkan makanan bergula, harga gula bertapis putih masih kekal, jadi tidak ada alasan bagi pihak-pihak tertentu menaikkan harga

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peniaga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang makanan yang menggunakan gula susulan keputusan kerajaan menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan harga gula putih masih kekal, justeru tiada alasan untuk menaikkan harga barang makanan lain.

“Sudah ditegaskan kenaikan (duti eksais) itu hanya membabitkan makanan bergula, harga gula bertapis putih ini masih kekal, jadi tidak ada alasan bagi pihak-pihak tertentu menaikkan harga barang makanan menggunakan gula putih bertapis itu.

“Saya harap tiada pihak yang ambil kesempatan dan keputusan kerajaan itu adalah satu daripada langkah untuk kempen kesihatan yang diketuai oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Untuk rekod, ketika ini harga barang kawalan untuk gula pasir kasar RM2.85 sekilogram manakala gula pasir halus RM2.95 sekilogram.

Beliau berkata, masyarakat perlu dididik untuk memastikan pengurangan pengambilan gula kerana kesannya bukan hanya dari segi kesihatan, tetapi juga implikasi kos kewangan kepada sektor kesihatan adalah amat besar.

“Ia melibatkan bukan hanya kepada pesakit dan keluarga tetapi implikasi kewangan kepada negara dan rakyat secara keseluruhannya. Saya fikir kita masih boleh hidup tanpa mengambil gula yang banyak,” katanya.

Terdahulu kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak RM0.40 sen seliter.

Ketika membentangkan Bajet 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi menyokong gerakan ‘War on Sugar’ (perang terhadap gula). – 24 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related