HEADLINES

Apa pendirian PAS terhadap kenyataan berbaur hasutan Razman?: Ramkarpal

'Bukankah ia perkara serius yang boleh pecahkan rakyat. Adakah PAS akan buat kenyataan atau pengumuman,' soal Ramkarpal

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh membangkitkan persoalan mengenai pendirian PAS berhubung kenyataan yang dibuat oleh salah seorang pemimpinnya di Perak yang didakwa mengeluarkan ucapan berbaur hasutan baru-baru ini.

Ini kerana, kata Ramkarpal, ia adalah perkara serius yang boleh memecah belahkan rakyat.

“Kita dengar penjelasan Ketua PAS Perak itu di media, tapi tak dengar daripada pemimpin PAS lain, apakah pendirian mereka mengenai kenyataan oleh PAS Perak ini.

“Bukankah ia perkara serius yang boleh pecahkan rakyat. Adakah PAS akan buat kenyataan atau pengumuman,’’ soalnya ketika membahaskan Bajet 2025, di Dewan Rakyat hari ini.

Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Perak yang juga Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden kibar bendera China, yang tular di media sosial pada Sambutan Guan Gong Sedunia, di Teluk Intan.

Razman mendakwa program itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan selain turut dihadiri seorang Exco kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Bedamar, Woo Kah Leong yang juga exco kerajaan negeri menafikan beliau dan Kor Ming hadir pada majlis berkenaan.

Berikutan itu, menerusi satu temuramah dengan sebuah portal, Razman mendakwa beliau tidak berniat menghina mana-mana kaum dengan kenyataannya yang menyeru individu yang memiliki ‘mata, kulit dan darah yang sama’ dengannya supaya bersatu.

Mengulas lanjut, Ramkarpal ingin mengetahui sama ada Akta Hasutan akan dipinda dengan membenarkan ‘niat’ menjadi satu pembelaan.

“Kerajaan dulu memaklumkan akan melihat kepada beberapa akta untuk dipinda, adalah Akta Hasutan akan dipinda untuk membenarkan ‘niat’ menjadi satu pembelaan. Jika ya, bilakah pindaan ini akan berlaku,’’ soalnya. – 29 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related