HEADLINES

Buli penuntut UPNM guna seterika: Polis rakam keterangan 16 individu setakat ini

Antara individu yang dirakam keterangan ialah mangsa, kakitangan  ALK, saksi kejadian dan pegawai perubatan yang merawat kecederaan penuntut UPNM terbabit

2:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah mengambil keterangan 16 individu dalam siasatan kes buli dan dera seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), setakat ini.

Difahamkan antara individu yang dirakam keterangan ialah mangsa, kakitangan  ALK, saksi kejadian dan pegawai perubatan yang merawat kecederaan penuntut UPNM terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya juga masih belum menerima laporan perubatan lengkap berhubung kecederaan yang dialami mangsa.

“Setakat ini sebanyak 16 individu telah dirakam keterangan dan siasatan sedang berjalan, laporan perubatan juga masih belum diperoleh,” katanya dalam kenyataan memetik laporan Bernama.

Rusdi berkata, semalam pihaknya telah merakam keterangan suspek yang disyaki terlibat dalam kes buli dan dera berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan terhadap kes berkenaan telah dimulakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas mangsa berusia 20 tahun membuat laporan pada Jumaat lalu.

Kejadian dipercayai berlaku di bilik asrama UPNM pada kira-kira jam 11.45 malam, 22 Oktober selepas suspek berumur 22 tahun yang juga penuntut senior tahun empat UPNM meminta mangsa menggosok baju kerja miliknya.

Tiba-tiba senior terbabit mengambil seterika dipegang mangsa sebelum menekap di bahagian dada sebelah kanan sebanyak satu kali.

Tindakan pelajar senior itu menyebabkan mangsa terkejut dan menjerit serta menyebabkan kecederaan melecur.

Beberapa pelajar senior lain dikatakan turut berada di dalam bilik yang sama ketika kejadian. – 3 November, 2024

Topics

 

Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related