HEADLINES

Suspek kes buli penuntut UPNM ditekap seterika dituduh esok

Pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8 pagi

6:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang individu akan dituduh di mahkamah di sini esok berkait kes buli seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang ditekap dengan seterika.

Menurut kenyataan Polis Kuala Lumpur, pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8 pagi.

“Kes pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan membabitkan kes buli pelajar UPNM,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan terhadap kes berkenaan telah dimulakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas mangsa berusia 20 tahun membuat laporan pada Jumaat lalu.

Kejadian dipercayai berlaku di bilik asrama UPNM pada kira-kira jam 11.45 malam, 22 Oktober selepas suspek berumur 22 tahun yang juga penuntut senior tahun empat UPNM meminta mangsa menggosok baju kerja miliknya.

Tiba-tiba senior terbabit mengambil seterika dipegang mangsa sebelum menekap di bahagian pada sebelah kanan sebanyak satu kali.

Tindakan pelajar senior itu menyebabkan mangsa terkejut dan menjerit serta menyebabkan kecederaan melecur.

Beberapa pelajar senior lain dikatakan turut berada di dalam bilik yang sama ketika kejadian. – 7 November, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related