◉ HEADLINES

Kajian kebolehlaksanaan cadangan Jajaran Rel Kita Selangor selesai Januari 2025: MB

Kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan jajaran yang terlibat iaitu jajaran utama dari Sabak Bernam dan merentasi Sepang hingga ke Negeri Sembilan sepanjang 211km

4:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kajian kebolehlaksanaan cadangan pelaksanaan Jajaran Rel Kita Selangor dijangka selesai Januari 2025, kata Menteri Besar, Amirudin Shari.

Menurutnya, menerusi kajian yang sedang dilaksanakan ini, kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan jajaran yang terlibat iaitu jajaran utama dari Sabak Bernam dan merentasi Sepang hingga ke Negeri Sembilan sepanjang 211km.

‘Ia akan turut disokong oleh beberapa spurline iaitu ke Westport, Klang, Putra Height dan UNISEL Bestari Jaya.

“Pembinaan Jajaran Rel Kita Selangor dijangka memberi impak positif yang ketara dari aspek fizikal dan aspek sosio ekonomi di Negeri Selangor,’’ katanya ketika membentangkan Bajet 2025 Selangor hari ini.

Menurut Amirudin, projek ini dijangka dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di sepanjang koridor jajaran serta memberi manfaat kepada Selangor dalam jangka masa panjang dan pendek.

Ia juga, katanya akan membuka banyak peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung kepada penduduk setempat.

“Penglibatan pembangunan projek akan diberi keutamaan kepada SME dan pekerja tempatan.

“Bagi menyokong aktiviti pembinaan, sektor-sektor lain seperti perhotelan, perdagangan dan logistik bakal meningkatkan operasi dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan,’’ katanya. – 15 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related