HEADLINES

‘Prof Adjung tidak ajar kuliah, hanya kongsi idea, pengalaman’ ahli akademik ulas pelantikan Rizalman

Hanya kerana Rizalman seorang pereka fesyen, tidak bermakna beliau tidak menyumbang kepada perkembangan agama Islam dan masyarakat

2:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Rizalman Ibrahim sebagai Profesor Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya (UM) mampu memberikan pendedahan kepada bakal asatizah di API untuk berhadapan dengan realiti dunia luar.

Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Sahul HM, berkata, sebagai Profesor Adjung, Rizalman akan berkongsi idea dan pengalaman beliau bagaimana ilmu yang dipelajari itu boleh diterapkan dalam kerjasama antara industri dan universiti.

Malah, Rizalman yang merupakan pengerusi Yayasan Rizalman Ibrahim (RI) boleh menyediakan peluang pekerjaan kepada mahasiswa API selepas graduasi kelak.

“Mengapa tidak boleh (dilantik) di API? Apakah para bakal asatizah di API tidak boleh didedahkan dengan realiti dunia yang akan berhadapan dengan dunia hiburan dan glamor di luar ini?

“Para mahasiswa harus menjadi ‘hamzah’ (berani) yang bisa beradaptasi dengan keperluan di dunia sebenar kelak. Pastinya pengalaman RI itu dapat menyediakan mereka sedikit idea berkaitan hal itu.

“Tambahan pula, Yayasa RI itu memang banyak melancarkan program keagamaan. Dengan terjalinnya hubungan ini, mahasiswa di API berpeluang untuk mendapat kerja dengan Yayasan tersebut selepas bergraduat kelak. Kan bagus begitu?,’’ katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pelantikan Rizal sebagai Profesor Adjung di UM berkuatkuasa mulai 23 Oktober lalu bagi tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun pelantikan itu reaksi berbeza daripada masyarakat. Ada yang memandang sinis pelantikan itu dan mempersoalkan bagaimana seorang pereka fesyen boleh dilantik sebagai Profesor Adjung di jabatan berkenaan, seolah-olah tidak mempunyai sebarang kaitan.

Sahul berkata, hanya kerana Rizalman seorang pereka fesyen, tidak bermakna beliau tidak menyumbang kepada perkembangan agama Islam dan masyarakat.

Sedangkan, kata beliau, Yayasan RI adalah aktif serta progresif dan ada pelbagai projek yang dilakukan untuk kebaikan umat Islam serta masyarakat.

“Banyak hal yang beliau buat itu belum tentu kita semua dapat buat. Bersikap adillah dalam menilai dan mengomen. Jangan berlunjur sebelum sempat duduk, terjerembap nanti,’’ katanya. – 16 November, 2024

Topics

 

Hangat

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Related