HEADLINES

Pemberian sijil halal Jakim kepada Genting tiada kaitan dengan premis judi

Sebaliknya ia meliputi premis-premis makanan seperti Jom Makan Street Food Restaurant & Kitchen dan Jom Makan SkyAvenue Restaurant & Kitchen

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemberian Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) kepada syarikat Genting Malaysia Berhad tidak mempunyai kaitan dengan premis judi.

Sebaliknya, Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kebajikan Malaysia (Jakim) berkata ia meliputi premis-premis makanan yang dikelolakan oleh syarikat berkenaan di Genting Highlands seperti Jom Makan Street Food Restaurant & Kitchen dan Jom Makan SkyAvenue Restaurant & Kitchen.

Syarikat berkenaan, katanya sangat sangat komited dalam mematuhi keperluan dan piawaian pensijilan halal Malaysia yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sehingga dinobatkan sebagai Halal Champion negeri Pahang.

“Pensijilan halal ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan premis judi seperti isu yang tersebar,’’ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Semalam media melaporkan Genting Malaysia Bhd diiktiraf sebagai Juara Halal Negeri Pahang semasa acara Halal on Track Pahang 2024 yang diadakan di Kuantan, baru-baru ini.

Genting Malaysia menerusi satu kenyataan berkata anugerah itu diberikan berikutan penyerahan status halal dan operasi harian yang teliti, latihan serta dokumentasi untuk gerai-gerai Jom Makan SkyAvenue dan Jom Makan Street Food Resorts World Genting oleh Majlis Agama Islam Negeri Pahang (JAIP).

Daripada 1,500 calon, Genting Malaysia muncul dalam 10 terbaik.

Mengulas lanjut, Bahagian Pengurusan Halal Jakim itu sebelum ini menerima pertanyaan menerusi media sosial berkenaan isu penyerahan sijil Halal Champion negeri Pahang bersempena Program Halal On Track @ Pahang pada 19 Oktober lalu.

Justeru itu, Jakim menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu berita tanpa usul periksa.

“Elakkan daripada mengelirukan pengguna lain di luar sana,’’ katanya. – 16 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related